• Kata – Kata Motivasi

     

    Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

     

     

    1. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

    - Charles Cahier

     

     

    2. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

    - Charles Cahier 

     

     

    3. Perbaiki diri anda, tapi jangan jatuhkan orang lain.

     - I. Salanter Lipkin

     

     

    4. Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
     - Aristotle

     

     

    5. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

    - Albert Camus

     

     

    6. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

    - Marcus Aurelius

     

     

    7. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

    - Marcus Aurelius

     

     

    8. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

    - Joseph Conrad

     

     

    9. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. 

    - William J. Siegel

     

     

    10. Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. 

    - Philip Massinger

     

     

    11. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. 

    - Lao Tze

     

     

    12. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. 

    - Lao Tze

     

     

    13. Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

    - Lao Tze

     

     

    14. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. 

    - Flower A. Newhouse

     

     

    15. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

      - Samuel Johnson

     

     

    16. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

    - Cecil B. DeMille

     

     

    17. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

    - Peribahasa Arab

     

     

    18. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
    - Peribahasa Melayu

     

     

    19. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
    - Peribahasa Melayu.

     

     

     

    Sekian, Terima Kasih.

     

    -Bersama menuju ke puncak -

    Bookmark and Share
     October 17th, 2009  spestudent   No comments

  • Minggu Ulangkaji

     

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

     

    Kepada pelajar – pelajar Universiti Malaysia Sabah, selamat menjalani minggu ulangkaji atau (study week) bermula pada 24 Oktober 2009 sehingga 1 November 2009.

     

     

    Dalam minggu ini, pelajar – pelajar akan membuat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akan datang.

     

     

    Oleh itu, kami dari kumpulan spestudent.ws mengucapkan selamat menghadiri peperiksaan yang akan datang dan selamat berjaya!

     

    Sekian, terima kasih.

     

     

    - bersama menuju ke puncak -

    :D

    Bookmark and Share
     October 17th, 2009  spestudent   No comments

  • Alumni

    Berita terkini!!

     

    SPE

     

     

    Sekolah perniagaan dan ekonomi akan mengadakan laman web alumni.

     

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini di sini

     

    Sekian, terima kasih.

     

    - bersama menuju ke puncak -

    Bookmark and Share
     October 17th, 2009  spestudent   No comments

  • Hari Deepavali!!

     

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     

    serta

     

    Vanakkam..

     

    Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini tidak kira di mana anda berada.

     

     

     

     

     

    - bersama menuju ke puncak -

    Bookmark and Share
     October 17th, 2009  spestudent   2 comments

  • Rumah Terbuka Universiti Malaysia Sabah

     

    Tarikh : 16 Oktober 2009

    Tempat : Perkarangan Dewan Canselor

    Masa : Jam 9 pagi sehingga jam 3 petang.

    Hari : Jumaat

     

    Rumah Terbuka

     

    Rumah Terbuka

     

     

     

    RUMAH TERBUKA

     

    Rumah terbuka UMS ini adalah bersempana dengan Hari Raya Aidilfitri untuk menjamu pelajar – pelajar dan orang luar untuk menjamu selera. Malahan, ia adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama insan.

     

     

     

    - bersama menuju ke puncak -

    Bookmark and Share
     October 17th, 2009  spestudent   No comments

  • Tempahan ODEC

    Universiti Malaysia Sabah telah memberikan kemudahan untuk menempah Outdoor Developmet Centre (UMS-ODEC) dalam bentuk borang untuk memudahkan orang ramai melakukan aktiviti beriadah di kawasan tersebut.

    Antara maklumat yang boleh anda perolehi adalah :

    • sewa tapak
    • pekej dalam penggunaan kemudahan
    • serta sewa lain – lain

     

    UMS-ODEC

     

     

    odec1

     

     

    odec2

     

     

     

     

     

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di sini

     

     

    - bersama menuju ke puncak -

    Bookmark and Share
     October 15th, 2009  spestudent   No comments

  • Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     

    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    LOGO UMS

     

     

     

    SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI

    pemandangan spe

     

    Selamat Datang ke Laman Web hasil kerja kami yang bertajuk Pengajian Prasiswazah dan Pascasiswazah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. 

     

    Berikut merupakan latar belakang serta objektif Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

     

     

    LATAR BELAKANG

     

    SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI

     

     

    Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan latar belakang yang berteraskan negara yang memerlukan tenaga profesional dan usahawan yang cekap dan kompeten dalam bidang perniagaan, ekonomi, dan perakaunan untuk mecapai status negara maju menjelang tahun 2020.

     

     

    Bermula dengan tiga program, SPE kini menawarkan sepuluh program pengajian. Pengajian berkenaan melibatkan pengurniaan tiga Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, iaitu Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sehingga kini, SPE mempunyai lebih kurang 1,900 orang pelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang mengikuti pelbagai program yang ditawarkan.

     

     

     

     

    OBJEKTIF DAN MATLAMAT

      

      

    SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI

     

     

     

    • Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf dunia dalam bidang perniagaan, ekonomi, dan perakaunan.
    • Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu perniagaan, ekonomi dan perakaunan dengan berkesan untuk pembangunan universiti, masyarakat dan negara.
    • Mempertahankan kebebasan akademik dan mengekalkan kerapian intelektual di kalangan komuniti Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan universiti.
    • Mengeluarkan graduan mengkhusus tetapi seimbang dalam bidang perniagaan, ekonomi dan perakaunan serta berketampilan, bertaqwa dan patriotik.
    • Menghasilkan graduan yang proaktif, berfikiran kreatif, kompeten, berdaya saing, beretika dan dinamik.
    • Menawarkan program-program pengajian prasiswazah dan pascasiswazah dalam bidang Keusahawanan, Ekonomi Perancangan dan Pembangunan, Kewangan dan Perbankan, Ekonomi Kewangan, Pengurusan Perhotelan, Pengurusan Pelancongan, Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran, Eknomi Sumber Manusia dan Perakaunan yang berkualiti serta memenuhi keperluan pasaran.
    • Menjalankan aktiviti penyelidikan dan perundingan dalam perniagaan, ekonomi, dan perakaunan serta tujahan penyelidikan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi iaitu Keusahawanan dan Pelancongan yang berkualiti, bernilai komersil, menepati keperluan sosial serta relevan kepada kehendak universiti, masyarakat dan negara.
    • Menjalin jaringan kerjasama degan institusi pendidikan, industri, kerajaan dan bukan kerajaan, badan-badan profesional dan masyarakat di peringkat tempatan dan antarabangsa.
    • Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni sejagat serta keterbukaan berfikir dengan penuh tanggungjawab di kalangan para sarjana, pegawai dan tenaga sokongan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi bagi mencapai hasil tenaga kerja yang optimum dan berkualiti tinggi.

     

      

    SPE UMS

    Perkarangan S.P.E 

     

     

    Graduasi

    Graduasi pelajar UMS

     

     

    - bersama menuju ke puncak -

    Bookmark and Share
     October 10th, 2009  spestudent   No comments

1 visitors online now
1 guests, 0 members
Max visitors today: 1 at 02:23 am MYT
This month: 2 at 03-01-2010 12:05 pm MYT
This year: 4 at 01-18-2010 10:45 pm MYT
All time: 7 at 10-16-2009 02:00 pm MYT